Monday, November 8, 2010

salah merekakah..???

cuba kita ambil sedikit masa untuk muhasabah diri kita...

pernah tak kita salahkan orang lain bila kita buat salah,sebab nak cover kesalahan kita..?pernah tak..?kalau tak pernah,Alhamdulillah dan tahniah pada korang...

kali ni aku nak bangkitkan persoalan pasal dunia islam dan dunia barat pada masa dan ketika ini...pernah tak korang salahkan barat,(eg:amerika,'israel',britain) pasal permasalah dunia islam sekarang...?

salah merekakah bila kita lalai..?
terlalu banyak yang aku dengar bila dunia islam ada problem,dunia barat yang dihentam..amerika dan britain yang jadi mangsa bagi menutup aib sendiri...maaf..aku bukan nak sokong blok2 barat yang ternyata langsung tidak berlaku adil terhadap dunia islam,tapi aku terfikir,adakah disebabkan ketidakadilan mereka ini,kita akan terus menghentam mereka..?adakah kita akan terus mengkritik mereka dan pada masa yang sama kita terus mengikut setiap ketetapan mereka...?

ternyata,sememangnya barat akan terus menzalimi islam...yahudi zionis akan terus mara dan membunuh saudara2 kita di palestin...dan kita pula akan terus menyalahkan mereka sedangkan kita langsung tidak bangkit menentang mereka...

contohnya isu kapal mavi marmara yang diserang komando israel...ramai yang ber'semangat' mengutuk israel..berdemonstrasi bagai...namun semangat tanpa kefahaman sememangnya tidak mencukupi...mereka lantang mengutuk tindakan kejam israel,dan beberapa hari kemudian,mereka disenyapkan dengan agenda yahudi sendiri iaitu piala dunia....

tapi,adakah kita perlu salahkan yahudi terhadap perancangan rapi mereka ini..?adakah salah mereka bila masyarakat dunia,terutamanya umat islam dibutakan dengan agenda mereka...?

bagi aku,kalau ada yang salahkan yahudi dalam hal ni,samalah seperti mereka salahkan syaitan dan nafsu yang menbuatkan iman dan taqwa menjadi lemah dan goyah...renungkan..

beralih kepada skop yang lebih kecil,dunia islam di Malaysia...

banyak artikel yang aku baca pasal kristianisasi di malaysia...perangkaan menunjukkan peratusan orang islam yang murtad di malaysia agak tinggi...jadi di sini,adakah kita ingin salahkan pihak kristian yang bertungkus-lumus memurtadkan umat islam di malaysia..?
salah merekakah umat islam di malaysia goyah imannya..?salah merekakah umat islam di malaysia dengan mudahnya dikafirkan..?

cuba renungkan...cuba kita tanya pada anak2,adik2 yang masih kecil,kenalkah mereka pada christiano ronaldo...?kenalkah mereka pada fasha sandha dan lisa surihani..?kenalkah mereka pada brad pitt dan angelina jolie...??aku rasa tentu adik2 kecil tu kecil...kan..?

cuba tanya pula adakah mereka kenal pada tariq bin ziyad?kenalkah mereka pada muhammad al-fateh..pada ikramah dan pada abu ayyub..?hahaha...malang sekali...mungkin kita sendiri pun tak kenal nama2 tu...kan..?

jadi,dalam hal ini,adakah kita akan salahkan yahudi yang menyebarkan dakyah mereka sehingga kita langsung tidak mengenali para pejuang islam..?

kita sedar bahawa mereka menyebarkan dakyah yang bisa menggoyahkan iman dan taqwa kita,tapi kita ikut...dan bila iman kita tergelincir,kita salahkan mereka...

ayuh..,marilah bangkit bersama...!
kita sedar bahawa umat islam tidak akan mampu bangkit selagi kita tidak bersatu...tapi kita tetap berpecah..berpuak-puak..dan kita salahkan orang kafir yang menyebabkan kita berpecah..

pelikkan..bila pemimpin yahudi sendiri menyatakan bahawa umat islam takkan mampu bangkit selagi solat subuh mereka tidak seperti solat jumaat mereka..tapi saf-saf ketika solat subuh tetap kosong dan kita salahkan yahudi sebab dakyah mereka menyebabkan kita tidak mampu bangkit untuk solat subuh..

jd,salah merekakah..?

Sunday, November 7, 2010

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Hal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNya.
 
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'JANGAN' sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari ALLAH juga tetapi disandarkan kepada kelemahan hambaNya. Bersama-samalah kita ambil pengajaran dari peringatan ini, inshALLAH~

by: izni sabri

copy dr fb..credit goes to original author...sekadar perkongsian...

Wednesday, November 3, 2010

dont know what...

hari khamis:4:14am...

dah dua tiga hari aku tak update blog ni..korang ingat senang ke nak jadi blogger ni..?nak taip kena ada idea dulu...bukan oleh main taip je..tambah plak blogger macam aku ni..blogger yang berblog yang lebih berkisar pasal isu2 semasa,politik,dan hal ehwal islam ni...susah doe...silap taip boleh kena saman...kalau silap taip yang melampau,mampu menghumban aku masuk ISA taw..

well,itu just muqaddimah...permulaan kepada entry aku kali ni...kali ni aku still nak taip pasal politik...tapi dari sudut berbeza..dari perspektif yang lain dari yang biasa aku taip...

well,dua tiga hari lepas,ada satu artikel kat malaysiakini..pastu ada senior aku post/share kat facebook artikel tu...lantas,aku dengan eksyen dan efisiennya terus 'like' dan komen kat post tu..namun komen aku memakan diri aku...menampakkan kedangkalan aku dalam dunia politik..fuh..!!baru aku sedar yang sebenarnya aku masih hijau dalam dunia ni...

well...ada aku kisah..?walaupun aku masih baru,masih hijau dalam dunia politik,namun aku akan tetap mengekspresskan apa yang aku rasa dalam satu2 isu politik di malaysia..korang tak nak tau ke komen yang buat aku terdiam sejenak tu...lantak korang la korang nak taw atau tak..aku still nak post gak dalam entry ni..

ini artikel tu...



Senior : kah kah kah macam gampang. pendapat gua, ini penipuan paling gampang oleh budak U. wei nak fitnah pon biar la ade seni.

Pak Munawer : bkpo plik sngt komen dio ni??haishh....duduk samo rendoh,diri smo tinggi...hahahahaharammmmmm.....

Senior : alah kalo ko pernah terlibat dengan mainan politik budak UM, ko akan tahu la. Politik Machiavelli~ tapi poseur la. xpandai kaver. kahkahkah.

Pak Munawer : ooo..maaf r..dok taw sngt psl politik di u..tp berminat kakloh...YDP bleh wk ulasan g2....hahaha....lawok kakloh...taraf pemikiran rendah lg dr oghe asli br masuk islam..bukak kelab male bleh ghoyak usaha murni...hahaha...

Senior : ‎@pak munawer : kalo mu cayo apa yg ditulis itu, pemikiran mu jugak adalah lebih teruk dari zombie kampung pisang dlm profail pic mung.
keh3.

sori bukan nk insulting ko, tapi melalui bacaan gua, tulisan itu adalah hasil karya kreatif pihak anti-Aspirasi (or Penggerak or KSM or ape macam tahik lagi) kat kampus.

REAL POLITIK beb.

cuma gua agak kechiwa dengan kebangangan budak2 U yang masih menjadi catur2 kepada orang2 tua di luar sana. lepas tu gadoh sesame student. apekes?

X kesah la dari blok pembangkang or kerajaan. Semua lamestain.

Ayat mudah, baphak x kool korang nak jadi pencacai parti?

Pak Munawer : mksdnyo?buke ydp sdiri tulis..?

Senior ‎: @pak munawer : boleh jadi dia sendiri jugak tulis, atau mungkin permainan dari blok diorang sendiri. reverse psikologi. buat2 difitnah, so orang ingat dia difitnah, maka "rakyat2" sekalian akan membenci penfitnah.

Kalo fikir balik, takkan orang yg fitnah dia sengaja nak menampakkan kelemahan diorang?

Well, politik adalah permainan persepsi. Untuk mendapat sokongan, ko boleh guna apa saja cara.

Walopun secara idealnya, pertarungan idea adalah yang paling cantik, tapi secara REAL-POLITIK nya, itu tidak berlaku.





too young but nothing gonna stop me...
tu je..sebelom ni aku tak pernah taw apa2 pasal reverse psikologi,real politik...dengar pon tak pernah..see,betapa ceteknya ilmu aku...so,masih banyak lagi yang aku perlu belajar dalam hal ni..namun,aku akan tetap dengan entry2 politik kalau ada isu2 yang aku rasa aku nak ekspresskan sesuatu..


moral of the storie...:setinggi mana pon ilmu yang kita ada,sebenarnya ilmu tu masih takcukup..masih banyak yang perlu kita belajar dan jangan malu untuk belajar walau seteruk mana pon korang kena insult...hehehe...

Monday, November 1, 2010

AnTaRa jAnJi DaN rEaliTi

peh..style gler tajuk entry aku kali..well,lepas dua tiga hari tak update blog ni,aku kembali dengan tajuk yang agak best bunyinya..lol..

dua tiga hari lepas aku pulang ke kampung aku kat gua musang kelantan..urgent..agak sedih sebab aku tak dapat          ke bukit jalil menyaksikan final kelantan-negeri 9...apatah lagi kelantan pulang menjulang piala buat julung2 kalinya....well,apa pon,kisah itu sudah berlalu...dan aku pon tak nak crita panjang pasal final tu sebab korang sendiri pon dah taw keseluruhannya..kan?

well,apa yang aku nak xpresskan kat sini ialah pasal event yang berlangsung kat gua musang sekarang..pilihan raya kecil dun galas...(kampung aku berada dalam dun nenggiri..)..

sememangnya pilihan raya kecil(PRK) yang berlangsung di galas memberikan durian runtuh bukan sahaja kepada penduduk tempatan yang sememangnya dijanjikan seribu macam perkara oleh kedua-dua parti bertanding,bahkan juga kepada orang2 luar yang bertandang ke galas bagi membuka gerai2 untuk menjual produk2 mereka....dan aku rasa perkara inilah yang lazimnya berlaku apabila PRK terpaksa diadakan...

bertahun-tahun penduduk orang asli di galas menuntut hak tanah2 yang mereka diami,akhirnya karenah birokrasi yang membelenggu mereka seolah-olah hilang...masalah2 jalan berlubang,masalah bekalan air dan elektrik mampu disiapkan dalam masa berkempen...ajaib bukan..?

tidak kurang juga kampung2 yang bekalan elektrik masih lagi menggunakan generator,tapi digula-gulakan dengan penyediaan wifi..(agak lawak disitu)..ya!itulah tuah orang2 galas sekarang..

maka tidak hairanlah ada penduduk kampung aku yang dibelenggu masalah air mengeluh.."hai,bilo la tok wakil kito pulok nok g (mati) ni.." tidak kurang pula yang menganggap kematian wakil2 rakyat adalah jasa terbesar yang mampu mereka berikan kepada rakyat yang mengundi mereka..(agak kasar disitu..)..tapi itulah realitinya...

bagi penduduk yang merintih kedaifan,hanya itu yang mampu dipinta...kematian seorang wakil rakyat...!

so,apa komen korang..?mungkin komen aku ni agak 'kasar' sedikit..tapi apa yang ingin aku sampaikan ini adalah realiti....mungkin korang tak pernah rasa berada dalam sungai pada pagi raya...mungkin korang tak pernah rasa mengambil air di sungai tiap2 pagi untuk di isi dalam bekas2 bagi kegunaan seharian dan pagi esoknya ke sungai lagi,dan lagi,dan lagi.....mungkin korang tak pernah terbayang untuk minum air hujan yang ditadah semalaman.....tapi realitinya itulah yang berlaku di kampung aku...dan aku merasainya setiap kali pulang ke kampung...dan kawan2,jiran2 aku kat kampung tu terpaksa meniti penat jerih saban hari...astaghfirullah.....

Islamic Widget