Thursday, October 28, 2010

bila masyarakat ber'fatwa'....

 Minta pandangan pada yang tahu, apakah hukum bagi SEORANG LELAKI yang melihat "aurat" seorang lelaki berpewatakkan perempuan (pondan)? Rambut panjangnya, buah ****nya yang dah macam perempuan dan sebagainya? Adakah "aurat" mereka still dikira sebagai aurat lelaki (pusat ke lutut) atau aurat mereka sama seperti wanita? (walhal jantinan dalam IC tetap lelaki)--oh!media post




persoalan ni dikeluarkan oleh oh!media network dekat diorang punya page...agak menarik soalan ni..ramai yang tidak pernah terlintas pon pasal persoalan ni...


tapi apa yang menarik perhatian aku ialah tempat dan kepada siapa soalan ni diajukan....


ramai yang komen dekat post tu dengan mengeluarkan 'fatwa' masing2...menyatakan hukum tanpa hujah..mengeluarkan hujah tanpa dalil...kebanyakkannya mengeluarkan pendapat dengan starting ayat dia "maybe..." atau "aku rasa.."...sedangkan sesuatu hukum itu tidak iboleh dikeluarkan berdasarkan perasaan dan pendapat semata...perlu ada dalil yang menyokong...


sedangkan dalam kalangan ulama' sendiri terdapat kekhilafan dalam mengeluarkan sesuatu hukum...inikan pula mereka2 yang tidak arif selok belok hukum agama....
fatwa seharusnya berdasarkan al Quran dan Hadis..bukan perasaan semata..


tambah malang,ada yang mengeluarkan 'fatwa' untuk sekadar berjenaka...bagi aku(betulkan jika silap) ini seolah-olah mempermainkan hukum Allah SWT...bergurau senda,bercanda mesra memperolok dan memperlekehkan hukum Allah...ini tidak sepatutnya berlaku...tidak kurang pula yang mencarut dan mencaci-maki pondan2 dan dalam masa yang sama meletakkan nama Allah SWT dalam post yang sama...tak malu ke diorang ni..?


tapi tentu skali ada yang melontarkan komentar yang bernas disusuli hadis2 nabi sebagai dalil...tahniah kpd mereka...apa pun,aku telah panjangkan perkara ni kepada beberapa orang ustaz melalui page masing2 di facebook...jika ada maklum balas dari mereka insyaallah aku akan siarkan..sekian..

lawak tak..?

Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

 Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
lawak..?ini pengHINAan..!!!!!!!!!!!!

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkanlah....
Xperlu minta izin dah.. :)



artikel ni aku copy idup2 sebab kat facebook...tuan punya crite mintak tolong sebarkan...korang pon sebarkan jugak r....