Senang sangat nak bergelar anak seni sekarang ni
Platformnya pelbagai
Akademi fantasia
Malaysian Idol
One In a Million
Raja Lawak
Mentor
Apa lagi?
Youtube mungkin..
Sebaran terlalu pantas
Tak perlu lagi fotografi dipentas
Menunggu berminggu untuk dicetakedarkan
Cukup keluarkan satu dua cerita panas
Dan kau akan bergelar anak seni
Yang senior asyik merungut pasaran kita kecil
Yang junior katakan kami syukur dapat bersaing
Yang menerbit?selagi dapat buat duit.
Lambakan anak seni
Industrinya kecil
Demandnya sikit
Supplynya lebih
Kualitinya?
Sedih
Anak seni berhijrah
Ada yang lebih baik
Dulunya bersanggul sekarang bertudung
Dulunya lasak sekarang dah sopan
Dulunya berpegangan dengan ajnabi sekarang hanya dengan mahram
Alhamdulillah.
Anak seni berhijrah
Ada yang makin buruk
Mungkin populariti makin jatuh
Mungkin persaingan makin sengit
Mungkin malu nak patah balik
Kerja dikampungkan lebih baik.
Aku pon nak jadi seniman
Seniku melalui tulisan
Populariti bukan kejaran
Cuma ingin isi masa terluang.
Ceritera anak seni
Terlalu panjang nak dihuraikan.