Wednesday, October 27, 2010

filem wajib tonton

MAMPUKAH lelaki normal seperti Shaheizy Sam melakonkan watak austisme dan berkelakuan kebudak-budakan? Melihat pada karakter Amran itu, ia mungkin bukan perkara mudah. Ditambah lagi, beraksi dengan si cilik comel, Mia Sara Nasuha.
Namun, gandingan Shaheizy dan Mia begitu serasi. Ia jelas dapat dilihat ketika penggambaran di kawasan permainan kanak-kanak di Taman Tasik Datuk Keramat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada usia baru mencecah lima tahun, Mia nyata berbakat besar. Aksi bersahaja dipersembahkannya di samping Shaheizy amat mencuit hati. Babak Amran dan Amy berkongsi masalah, bijak di�olah sambil mereka berdua makan aiskrim dan bermain bersama.

Mengenai Sekali Lagi..., Hashim berkata, kekuatannya terletak pada empat karakter utama, Amran, Amy, Shiela (lakonan Lisa Surihani) dan Haris (Bront Palarae). Lisa dan Bront juga baru dinobatkan Pelakon Wanita/Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Ahad lalu.

“Ia juga diwarnakan dengan beberapa karakter pembantu yang menguatkan jalan cerita. Namun, cabaran utama saya pada filem ini ialah bagaimana hendak memuaskan hati sendiri terutama dalam usaha memastikan lakonan pelakon nampak semula jadi.

“Saya juga perlu mengambil kira emosi Mia kerana dia kanak-kanak. Saya sangat bersyukur kerana proses penggambaran berjalan lancar dan David juga memberi kepercayaan penuh. ---mymetro
dua2 chumey..geram aku...hahaha...


inilah filem wajib tonton.....kenapa..?sebab ada adik mia sara(amani) dan lisa surihatiku...hahaha
adik mia muka marah pon kiut gak..same macam lisa surihatiku...

     mamat dua orang ni pon best gak...mntk2 la tak rugi duit nanti...

jAbAtAn AgAmA...(luahan rasa,gesaan segera)



APA JADI DENGAN INSTITUSI AGAMA KITA?

Saya melihat laporan media (Malaysiakini) bertajuk “MAIWP mahu lupus 70 penghawa dingin baik”memerlukan perhatian yang amat serius. Perjelasan dan jawapan perlu diberikan oleh pihak berkenaan. Sejauh hal ini berlaku dan ketepatannya?

Sejak sekian lama saya dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini. Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini (Hidup Bawah Jambatan) . Ke mana pergi segala peruntukan ini. Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita. Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat. ‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian-.dr maza-minda tajdid



artikel kat atas tu adalah sebahagian dari komen dari dr maza...kalau korang nak bace,nak paham dengan lebih detail lagi,klik je link tu...


so,apa komen korang..?mana hilang duit zakat....?aku tak nak komen banyak2 pasal ke mana duit zakat tu pergi...aku cuma nak ekspressikan rasa terkilan aku dengan jabatan2 agama yang aku rasa hanya taw tangkap orang khalwat,zina je...pandangan peribadi ni agak melampau sebab mood aku tak brape nak bagus...tak tidor semalam ditambah dengan paper kimia...fuhh....memang rosak r mood aku hari ni....

punya la banyak jabatan/NGO agama islam
well,aku cuma nak luahkan mengapa jabatan agama seolah-olah lepas tangan dengan taraf pembelajaran agama di kawasan luar bandar...aku tak nafikan memang budak2 wajib ambil matapelajaran agama islam di sekolah masing2..tapi pembelajaran di sekolah semata tidak cukup...diorang(jabatan agama) harus faham,proses PNP di sekolah lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata...korang(reader) pon taw kan macam mana cara belajar kat sekolah...asal lulus exam,ok ..apa yang di ajar kebanyakkannya hanyalah tips2 untuk jawab exam...point2 yang perlu di masukkan,skema pemarkahan,soalan2 ramalan...semua berorientasikan peperiksaan...

so,apa yang budak2 kat sekolah belajar tak dapat meresap masuk ke dalam hati...hanya akal yang memainkan peranan..tapi iman dan amal langsung tidak terkesan....natijahnya,berlakulah kes2 pelajar melawan guru dan segala macam gejala sosial lagi...

jadi disini,aku menggesa jabatan agama memainkan peranan mereka bagi mewujudkan kelas2 fardu ain atau kaedah2 lain yang difikirkan sesuai bagi menarik budak2 ni belajar mendalami islam,bukan setakat  untuk lulus ujian dunia,tetapi juga ujian menuju akhirat sana...

lebih penting lagi,aku menggesa(walau pon aku tau diorang tak kan baca blog ni)pihak jabatan agama memantau permasalahan yang berlaku di kawasan2 kampung dan pedalaman kerana mereka tidak hanya jauh dari arus pemodenan bahkan kebanyakkan mereka juga jauh dari mengenal Pencipta mereka...dikampung aku sendiri,ramai kanak2 dan remaja yang tidak tahu membaca al Quran..jauh sekali untuk menghayatinya....

remaja sering dikaitkan dengan jiwa memberontak perlukan lebih perhatian
therefore,jabatan agama tolong la buat sesuatu....sedang hari semakin berlalu,ayat2 suci makin hilang dari dada-dada para muslimin....ini adalah tanda kiamat..adakah jabatan2 agama dan pihak2 sewaktu dengannya ingin menjadi punca timbulnya tanda ini....?pikir2kanlah wahai jabatan agama.... 

MiNah rEdaH aRus...

Dua malam lepas aku ada buka page 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower kat facebook...aku 'like' page ni sebab aku ni memang suka bab2 reject-mereject dan bangkang-membangkang ni...korang pon 'like' r skali page ni..tak rugi pon kalau korang 'like' page ni..

time aku bukak page ni,ada la sorang minah ni,nama dia ina(bukan nama sebenar),memang aku salute gila ar...
dalam ramai2 dok reject menara tu,tetiba dia boleh plak g sokong...apa lagi kan..memang kaw2 r dia kena kutuk..sampai aku pon terkutuk skali..hahaha...

tp,bab yang paling best,dia still boleh maintain kat situ...memang hati kering habis r ina ni...

nak dijadikan cerita,aku terbuka ina punya wall...peh..memang terbaik r ina ni ...dekat dia punya info,hampir semua page yang dia like,ada kena mengena dengan kutuk-mengutuk...contohnya:ganyang indonesia,i hate malaysia,anti-pkr club dan banyak lagi r...terer kan minah ni..btw,dia ni orang singapore...

tengah syok dok usha info ina,mouse aku terklik pulak dekat add as friend tu...terbaik punya mouse..hahaha....
pastu tetiba ada mesej dalam aku punya inbox...aku check tengok,ternyata inalah yang mesej aku...dia punya mesej lebih kurang macam ni r...:


ina:kau sapa?

aku:kekcong kudung(nama fb aku)..ada kat profile aku..^^

ina:kau orang yang xde identiti.....maaf~^^~

aku:xpe...aku bukannya xde identiti,cuma low profile..10q..

ina:low profile ke sorok identiti..sampah!

aku:hahaha..thanks..

ina:whatever

aku:^^


ha..tu la dia dialog antara aku dengan minah redah arus ni...hebatkan minah ni..hahaha..ye ke hebat..?
well,kat cni aku nk komen sikit pasal tohmahan dia terhadap aku...

1st skali pasal aku xde identiti tu..profile picture muka zombi,nama samaran...well,tu lah identiti aku...bagi aku,nak kenal identiti seseorang tu bukan setakat pada nama dan gambar je..banyak lagi sudut lain boleh dilihat untuk kenal identiti seseorang tu..

contohnya macam blog aku ni...kalau korang follow dari awal entry aku sampai sekarang ni,korang akan perasaan perkataan yang sering aku guna pakai..contohnya,'well','so,'korang',,,tu trademark penulisan aku..well itulah jugak identiti aku....

nama korang belum tentu dapat tentukan identiti korang..contohnya kalau korang kena fill up sesuatu borang..pastu korang fill up nama korang je kat dalam borang tu...pastu send...bangang kan..?sebab mungkin ada orang lain yang nama seperti korang..so,cara tak nak kasi tertukar,korang letak sekali korang punya nombor kad pengenalan...hence,sekarang ni,identiti korang bukan lagi pada nama korang,tp pada no i.c korang....kan..?-contoh paling simple..sebab malas nak pikir panjang..


pastu pasal dia cakap aku ni sampah...agak pedih ulu hati aku sebenarnya...tapi aku tak kisah..aku rela jadi sampah dunia dari jadi bahan bakar akhirat...sebenarnya,time dia cakap aku sampah tu memang aku terasa nak sekolahkan aje minah redah arus ni...tp,nasib baik la tahap kesabaran aku tinggi(bukan takbur)...so,aku pikir,tak payah la nak lawan balik....buang masa je...lagipon,aku yang start dulu..hahaha..

tu lah dia..kisah minah redah arus ni..tapi,sejak semalam,aku dah tak nampak dia ni kat page tu..mmm.mungkin dia dah jumpa page lain untuk diredah..lantak dia r..semoga dia,aku dan korang beroleh hidayahNya..amin... 




p/s:kalau korang terserempak dengan minah ni,buat tak tau je..buang masa layan orang macam ni...


 Don’t argue with fools, cos people from a distance can’t tell which one is you..^_^