Tuesday, October 26, 2010

INDUSTRI NAFSU DIPERLUASKAN

Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.? 


Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.

Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )


Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?

Dalam hadis lain :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Sampai bilakah ingin diinsafi bahawa gejala zina berleluasa hari ini, buang bayi, keruntuhan rumah tangga dan yang sepertinya berpunca dari lambakan pusat-pusat dosa ini.


Zaharuddin Abd Rahman

26 Oktober 2010



ni kre sambungan entry aku yg ni...

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. 

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan---malaysiakini



so,apa komen korang dengan program tbaru ni...terbaikkan...bukak pusat hiburan bnyk2...tarik pelancong datang ramai2,dapat untung juta2,pastu duit juta2 tu simpan dalam poket sendiri..ye r..rakyat mana bleh makan duit dari sumber yang haram..klu sesapa dapat duit dr sumber haram,pulangkan..!!

nk tarik pelancong asing,bukak kelab malam..kah kah kah...wei..!!gelak r skali ngan aku...kah kah kah...hahahahahaharamm.....xlawak ke..?lawak r doe..apa punya alasan la malaun ni guna..kt tmpt pelancong asing tu aku rase btimbun kelab2 malam...kelab2 siang pon ada...pelancong datang melancong sbb nk cari kelainan...klu dah ada kt tmpt dia orang,buat apa nk datang cni..

ok r...cuba korang imagine...malaun ckp,nk tarik pelancong cina dtg ke malaysia,pastu dia orang bina tembok besar cina kt cni....kah kah kah...aku rase org cina bkn stkt xnk dtg,clap2 buat rusuhan lg..sbb malaysia menganjing sejarah dia orang...

kenapa malaun2 ni xbukak je gelanggang2 seni kt tiap2 negeri..adakan persembahan traditional...kt malaysia ni bnyk kot bnda2 ni..kte ada makyong,zapin,dikir barat,tomoi, dan bnyk lg lah...sebab xlaku ek...?klu dah taw bnda ni xlaku,buat la promosi besar-besaran...xkan pegi sampai belgium,mntk pndapt pasal anak luar nikah,slumber je,pastu nk pegi promote tradisi sendiri xbleh...


tu cadangan aku je la..sebab apa taw..aku rase la kan,bkk bnyk2 kelab2 malam ni,bkn org lain yg pegi..orang malaysia jgk..yg sedihnya org islam pon join skaki..slumber je,buat muka xmalu masuk pub...

katanya nk buat terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan..well,buat la kat dalam hutan skali pon,org2 yg xtaw malu akan cari gak..ish..rosak..

mmm....mgkn ok gak kot..sebab nnti peluang kerja bnyk...tmbh2 kerja ngan jais,jakim...kenapa..?
ye r..sebab nanti kena buat bnyk pemantauan..kan..?










pekerja gali lubang kubur pon meningkat jgk selari dngn peningkatan bayi yang kena buang...