Monday, January 26, 2015

Muslimah Ranggi

Terpandang satu susuk tubuh
Pelik pakaiannya
Dalam lautan pompuan pompuan seksi
Dia di situ
Muslimah Ranggi.

Umpama permata dalam lautan kaca
Dia berdiri,bersahaja
Ayu
Cantik
Cun
Menawan
Berdebar hati aku.

Berjubah labuh
Bertudung litup
Tapi tak konservatif
Jubah dia moden
Tudung dia anggun
Berkaca mata
Anggun

Siapa kata Islam larang berfesyen?
Muslimah ni jadi saksi.
Dia ranggi.

27/1/2015
1:55pm
Kedai hujung

Teman

Ruang kecil
Sentiasa berbicara
Tak pernah diam
Ada sahaja cerita
Ada sahaja minta

Ruang kecil
Peneman setia
Ketika ruang lain tiada
Hanya kau dan aku
Kita berdua
Kita satu

Ruang kecil
Terima kasih beri aku tumpang
Kita bakal berpisah
Kau akan kembali jadi tanah
Aku akan kembali pada Tuhan
Masa akan tentukan :)