Monday, November 1, 2010

AnTaRa jAnJi DaN rEaliTi

peh..style gler tajuk entry aku kali..well,lepas dua tiga hari tak update blog ni,aku kembali dengan tajuk yang agak best bunyinya..lol..

dua tiga hari lepas aku pulang ke kampung aku kat gua musang kelantan..urgent..agak sedih sebab aku tak dapat          ke bukit jalil menyaksikan final kelantan-negeri 9...apatah lagi kelantan pulang menjulang piala buat julung2 kalinya....well,apa pon,kisah itu sudah berlalu...dan aku pon tak nak crita panjang pasal final tu sebab korang sendiri pon dah taw keseluruhannya..kan?

well,apa yang aku nak xpresskan kat sini ialah pasal event yang berlangsung kat gua musang sekarang..pilihan raya kecil dun galas...(kampung aku berada dalam dun nenggiri..)..

sememangnya pilihan raya kecil(PRK) yang berlangsung di galas memberikan durian runtuh bukan sahaja kepada penduduk tempatan yang sememangnya dijanjikan seribu macam perkara oleh kedua-dua parti bertanding,bahkan juga kepada orang2 luar yang bertandang ke galas bagi membuka gerai2 untuk menjual produk2 mereka....dan aku rasa perkara inilah yang lazimnya berlaku apabila PRK terpaksa diadakan...

bertahun-tahun penduduk orang asli di galas menuntut hak tanah2 yang mereka diami,akhirnya karenah birokrasi yang membelenggu mereka seolah-olah hilang...masalah2 jalan berlubang,masalah bekalan air dan elektrik mampu disiapkan dalam masa berkempen...ajaib bukan..?

tidak kurang juga kampung2 yang bekalan elektrik masih lagi menggunakan generator,tapi digula-gulakan dengan penyediaan wifi..(agak lawak disitu)..ya!itulah tuah orang2 galas sekarang..

maka tidak hairanlah ada penduduk kampung aku yang dibelenggu masalah air mengeluh.."hai,bilo la tok wakil kito pulok nok g (mati) ni.." tidak kurang pula yang menganggap kematian wakil2 rakyat adalah jasa terbesar yang mampu mereka berikan kepada rakyat yang mengundi mereka..(agak kasar disitu..)..tapi itulah realitinya...

bagi penduduk yang merintih kedaifan,hanya itu yang mampu dipinta...kematian seorang wakil rakyat...!

so,apa komen korang..?mungkin komen aku ni agak 'kasar' sedikit..tapi apa yang ingin aku sampaikan ini adalah realiti....mungkin korang tak pernah rasa berada dalam sungai pada pagi raya...mungkin korang tak pernah rasa mengambil air di sungai tiap2 pagi untuk di isi dalam bekas2 bagi kegunaan seharian dan pagi esoknya ke sungai lagi,dan lagi,dan lagi.....mungkin korang tak pernah terbayang untuk minum air hujan yang ditadah semalaman.....tapi realitinya itulah yang berlaku di kampung aku...dan aku merasainya setiap kali pulang ke kampung...dan kawan2,jiran2 aku kat kampung tu terpaksa meniti penat jerih saban hari...astaghfirullah.....

Islamic Widget