Monday, May 11, 2015

Dia beruntung,Aku bertuah

Memandang sekeliling,hati tak kan pernah rasa puas. Umpama berpuasa bulan ramadhan yang dikelilingi makanan. Semua ingin dirasa,dimakan,ditelan.

Mengenali rakan baru,aku rasa cukup bertuah dilahirkan seaadanya begini. Dan aku rasakan,dia cukup beruntung dilahirkan seaadanya begitu. :)

Aku suka dengar dia bercerita. Keluh kesah tentang overprotective parents. Sayangnya parents dia pada anak manjanya,nak naik bas ke tempat kerja pon sanggup ditemankan. Lebih dari itu,ibu dengan ayah dia bukanlah orang biasa-biasa yang tak punya kerjaya. Dua-dua mereka orang yang aku sifatkan berjaya. Beruntungnya dia!

Lain pula dengan aku,bukan lah parents aku tak kasih,sayangkan aku. Tapi mereka lebih suka didik aku untuk lebih berdikari. Sedari usia aku kecil lagi aku dah diajar untuk naik bas sendiri. First time travel tanpa parents,abah aku 'pos' aku dengan abang aku ke kampung. Dari kuala krai ke gua musang. Abah pesan awal-awal pada driver,sampai kesedar renok baru,jangan lupa berhenti. Anak kecik lagi ni. Takut terlajak pula nanti. Itu pengalaman pertama naik bas sendiri. Hasilnya,kini aku mampu hidup berdikari. Bahkan memang dari kecil lagi aku suka untuk berdikari. Bertuahnya aku.!

Rakan aku ni,cukup happy dapat lintas jalan sendiri. Dapat aku bayangkan bagaimana overprotectivenya parents dia. Even masa naik bas pon,mummy dia mesej tanya berdiri ke dapat duduk. Melihat bagaimana dia dilayan,ditatang,aku rasa aku cukup bertuah. Diberi kebebasan. Tapi aku cukup yakin,dia juga beruntung. Diberi kasih sayang.

Aku dan dia,definisi bahagia kami berbeza. Dia mungkin tak bahagia dengan 'tuah' aku dan begitu sebaliknya.

Bahagia,bukan beerti memiliki semua yang kita cintai tetapi bermaksud mencintai semua yang kita miliki.

Dengan menjadikan kebahagiaan orang lain sebagai benchmark untuk kita capai kebahagiaan,samalah seperti kita mengharapkan UMNO melupakan melayu,atau PAS melupakan hudud. =D
(susah sekali nak tercapai)

Realitinya begitu lah.

Aku dan dia,kami berbeza. Dia beruntung dan aku bertuah.

3:32 PM
11/5/2015
CS Office Tower

Tuesday, March 31, 2015

#KitaLawan

Digari
Ditangkap
Dilokap

Disepak
Ditendang
Ditumbok

Dibogel
Dimalu
Diaib

Mereka bacul
Mereka gentar
Mereka bakal jatuh

Bangkit
Bangun
Lawan.

Lawan
Lawan
Lawan

#KitaLawan!

Sampai menang.
Sampai pasti.
Sampai mati.

Laluan Perompak

Goblok!

Siren terpekik pekik
Jalan sempit dihimpit himpit
Jalan sesak dikuak kuak
Difikir tidak pada cukai rakyat
Dikira tidak pada marhaen banyak
Hulubalang tegas memijak henyak
Demi pembesar laluan dirompak.


Harapan

Aku dakap,
Ketat-ketat

Aku genggam,
Erat-erat

Aku pegang,
Kuat-kuat,

Jangan terlerai,
Jangan terburai,
Jangan terabai.

Masih punya masa,
Masih punya tenaga,
Masih punya cara.

Aku dakap,genggam,pegang.
Kuat2,ketat2,erat2.

Harapan.

Pokyah
31/3/2015
12.50pm

Monday, March 30, 2015

Bulan

Bulan tak lagi segan
Bulan terbit dalam terangnya mentari
Bulan kesiangan
Bulan tak keruan
Bulan kepenatan
Bulan,bertahanlah!

Thursday, January 29, 2015

Ruang waktu-I want to be my old me.

"Relatif waktu tidak mengizinkan masa lalu diukir kembali tapi ia mencipta ruang untuk kamu corakkan masa depan"

Ruang waktu
Dimensi yang sukar sukar untuk diterokai,
Ia dekat,tapi jauh,
Sekali berlalu pergi,
Ia takkan kembali.

Ruang waktu
Kejamnya dia kerana sering cemburu,
Waktu indah,ia pantas bergerak,
Waktu susah,ia berhenti sejenak,
Kejam!

I want to be my old me,
Rayuan setiap insan pada ruang waktu,
Ingin kembali ke masa lalu,
Ingin jadi aku yang dulu,
Ia takkan berlaku!

I want to be my old me,
Waktu takkan benarkan,
Itu hukum alam,
Sekali berlalu takkan berulang,
My old me will just be my old me.

Tapi,
Ruang waktu juga punya ihsan,
Aku tak boleh bergerak ke belakang,
Tapi aku dibenarkan maju ke depan.

Aku akan cipta my old me untuk my future me.

Aku akan pastikan my future me is my old me.

Ruang waktu hanya batasan ke masa lalu dan ruang waktu juga jambatan ke masa baru.

Change the future
Create "my old me"
Defy the rule of nature.

29/1/2015
10:00PM
Seri Alam


Wednesday, January 28, 2015

Monolog Mereka

Monolog dalaman bermula lagi,
Bercerita,
Bergembira,
Aku biarkan saja,
Malas nak melayan.

Tapi kadag kadang terpanggil juga nak mendengar.

Mereka bicara tentang cinta,
Ah,topik biasa,bosan!

Bicara mereka berterusan.
Kali ni soal sukan,
"Lame", aku tak minat,
Aku abaikan.

Cerita mereka beralih.
Politik.
Huh? Tak habis habis.
Dari akhbar,tv,fb,twitter,
Sekarang kamu nak buat semak pula dalam dada?
Aku menegur mereka.
Geram dengan topik yang tak berkesudahan.

.......
Senyap?
Oh,topik agama,
Patutlah senyap.
Takut,malu,segan lettew.
Tahu pula kamu tu pendosa,
Sinis aku pada mereka.

"Kau tu yang pendosa!!!"
Aku disergah mereka.
Sentap! -.-