APA JADI DENGAN INSTITUSI AGAMA KITA?
Saya melihat laporan media (Malaysiakini) bertajuk “MAIWP mahu lupus 70 penghawa dingin baik”memerlukan perhatian yang amat serius. Perjelasan dan jawapan perlu diberikan oleh pihak berkenaan. Sejauh hal ini berlaku dan ketepatannya?
Sejak sekian lama saya dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini. Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini (Hidup Bawah Jambatan) . Ke mana pergi segala peruntukan ini. Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita. Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat. ‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian-.dr maza-minda tajdid
artikel kat atas tu adalah sebahagian dari komen dari dr maza...kalau korang nak bace,nak paham dengan lebih detail lagi,klik je link tu...
so,apa komen korang..?mana hilang duit zakat....?aku tak nak komen banyak2 pasal ke mana duit zakat tu pergi...aku cuma nak ekspressikan rasa terkilan aku dengan jabatan2 agama yang aku rasa hanya taw tangkap orang khalwat,zina je...pandangan peribadi ni agak melampau sebab mood aku tak brape nak bagus...tak tidor semalam ditambah dengan paper kimia...fuhh....memang rosak r mood aku hari ni....
punya la banyak jabatan/NGO agama islam |
well,aku cuma nak luahkan mengapa jabatan agama seolah-olah lepas tangan dengan taraf pembelajaran agama di kawasan luar bandar...aku tak nafikan memang budak2 wajib ambil matapelajaran agama islam di sekolah masing2..tapi pembelajaran di sekolah semata tidak cukup...diorang(jabatan agama) harus faham,proses PNP di sekolah lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata...korang(reader) pon taw kan macam mana cara belajar kat sekolah...asal lulus exam,ok ..apa yang di ajar kebanyakkannya hanyalah tips2 untuk jawab exam...point2 yang perlu di masukkan,skema pemarkahan,soalan2 ramalan...semua berorientasikan peperiksaan...
so,apa yang budak2 kat sekolah belajar tak dapat meresap masuk ke dalam hati...hanya akal yang memainkan peranan..tapi iman dan amal langsung tidak terkesan....natijahnya,berlakulah kes2 pelajar melawan guru dan segala macam gejala sosial lagi...
jadi disini,aku menggesa jabatan agama memainkan peranan mereka bagi mewujudkan kelas2 fardu ain atau kaedah2 lain yang difikirkan sesuai bagi menarik budak2 ni belajar mendalami islam,bukan setakat untuk lulus ujian dunia,tetapi juga ujian menuju akhirat sana...
lebih penting lagi,aku menggesa(walau pon aku tau diorang tak kan baca blog ni)pihak jabatan agama memantau permasalahan yang berlaku di kawasan2 kampung dan pedalaman kerana mereka tidak hanya jauh dari arus pemodenan bahkan kebanyakkan mereka juga jauh dari mengenal Pencipta mereka...dikampung aku sendiri,ramai kanak2 dan remaja yang tidak tahu membaca al Quran..jauh sekali untuk menghayatinya....
remaja sering dikaitkan dengan jiwa memberontak perlukan lebih perhatian |
therefore,jabatan agama tolong la buat sesuatu....sedang hari semakin berlalu,ayat2 suci makin hilang dari dada-dada para muslimin....ini adalah tanda kiamat..adakah jabatan2 agama dan pihak2 sewaktu dengannya ingin menjadi punca timbulnya tanda ini....?pikir2kanlah wahai jabatan agama....
No comments:
Post a Comment