Wednesday, October 27, 2010

filem wajib tonton

MAMPUKAH lelaki normal seperti Shaheizy Sam melakonkan watak austisme dan berkelakuan kebudak-budakan? Melihat pada karakter Amran itu, ia mungkin bukan perkara mudah. Ditambah lagi, beraksi dengan si cilik comel, Mia Sara Nasuha.
Namun, gandingan Shaheizy dan Mia begitu serasi. Ia jelas dapat dilihat ketika penggambaran di kawasan permainan kanak-kanak di Taman Tasik Datuk Keramat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada usia baru mencecah lima tahun, Mia nyata berbakat besar. Aksi bersahaja dipersembahkannya di samping Shaheizy amat mencuit hati. Babak Amran dan Amy berkongsi masalah, bijak di�olah sambil mereka berdua makan aiskrim dan bermain bersama.

Mengenai Sekali Lagi..., Hashim berkata, kekuatannya terletak pada empat karakter utama, Amran, Amy, Shiela (lakonan Lisa Surihani) dan Haris (Bront Palarae). Lisa dan Bront juga baru dinobatkan Pelakon Wanita/Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Ahad lalu.

“Ia juga diwarnakan dengan beberapa karakter pembantu yang menguatkan jalan cerita. Namun, cabaran utama saya pada filem ini ialah bagaimana hendak memuaskan hati sendiri terutama dalam usaha memastikan lakonan pelakon nampak semula jadi.

“Saya juga perlu mengambil kira emosi Mia kerana dia kanak-kanak. Saya sangat bersyukur kerana proses penggambaran berjalan lancar dan David juga memberi kepercayaan penuh. ---mymetro
dua2 chumey..geram aku...hahaha...


inilah filem wajib tonton.....kenapa..?sebab ada adik mia sara(amani) dan lisa surihatiku...hahaha
adik mia muka marah pon kiut gak..same macam lisa surihatiku...

     mamat dua orang ni pon best gak...mntk2 la tak rugi duit nanti...

No comments:

Post a Comment