AKU SUKA DIA
Tapi bukan ini waktu dan ketika,
Untuk aku dan dia bercinta,
Kerana ini masa untuk aku belajar dan mendalami agama,
Untuk aku bimbing dia bila sampai waktunya.
Aku suka dia
Aku rasa kami ni serasi,
Dia garang dan aku berani,
Tapi ini bukan alasan untuk batas dilangkahi,
Nak berkepit ke sana kemari.
Aku suka dia
Akan aku sampaikan pada abi dan umi,
Untuk pinang dia wakili diri ini,
Namun sebelum sampai waktu yang dihajati,
Syariat masih membatasi.
--status ini bukan nak tunjuk aku ni islami,
Jauh sekali nak menunjuk aku ni pandai berpuisi,
Tapi sekadar peringatan buat diri ini,
Dekati zina jangan sekali--
No comments:
Post a Comment