Sunday, January 25, 2015

Siapa Nakhoda Disini

Satu kapal tidak boleh ada dua nakhoda
Nanti pelayarannya entah ke mana

Dalam ruangan kecil ini
Siapa nakhodanya?
Aku konpius
Keliru
Terkadang celaru

Dalam ruangan kecil ini
Siapa yang memandu?
Aku?
Iman?
Atau nafsu?

Satu ruang kecil punya ramai penentu?
Aku buntu.

Terkadang ruang kecil ini dipandu nafsu.
Iman marah.
Dia mahu jadi no 1.
Aku keliru.

Nafsu suka bawa ruang kecil ini ke tempat yang seronok.
Iman melenting.
Dia mahu ruang kecil ini balik.
Aku celaru.

Nafsu dan iman.
Ruang ini sangat kecil untuk perang kamu yang besar.

Nafsu,mangalahlah.
Iman,kuatlah.

Ruang kecil ni nanti yang jadi saksi.
Tuhan akan jadi hakim.
Dan aku nanti yang bakal dihukum.

Dalam ruang kecil ni,
Siapa nakhodanya?
Nafsu,iman atau aku?

Ruang kecil,bantu aku..
Pleaseeeee..

24/1/2015
5:46PM
Taman tasik sri alam

No comments:

Post a Comment